Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan...mengingatkanku memori di Urdun dan SMKA Miri

huzaifah...bersama pelajar SM Sains Tuanku Jaafar pada malam merdeka

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini masuk hari kedua Ramadhan.Entah mengapa sejak sehari dua ini teringatkan kenangan-2 lepas.Pertama mungkin , mengingatkan ana sahabat2 yang membantu kami semasa majlis walimah yang diadakan di mafraq pada 1 dan 2 September 1999.Pada 1 September kami diakad nikahkan dan keesokankannya majlis kesyukuran .

Individu yang paling ana dan zaujah hargai tentunya us.Hasnol kerana beliau dan zaujahnya yang mempertemukan kami sehingga mendirikan istana kasih.Buat sahabat-sahabat di Mafraq dahulu yang juga sentiasa dalam ingatan ana; Akeem dan Wan Azlan yang menjadi saksi semasa kami diijab kabulkan.Terima kasih juga buah ikhwah dan akhawat yang bertungkus lumus menyediakan kelengkapan dan keperluan walimah.Ustaz Hazman Hasyim, Us.Khairul Anwar dan semuanya tentu sekali sentiasa dalam memori kami kerana telah mengatur majlis forum, tazkirah dan jamuan.Buat Ust Uda Kassim, Ust Khairuddin Aman Razali yang banyak memberi pandangan dan nasihat ; maklumanlah kami berkahwin semasa masih belajar.Penghargaan juga buat us.Muzaha, Us.Adi dan yang lain-lain yang menjadi tempat ana mohon isthiyarah dan sahabat-sahabat ex- penghuni Bait Kanopi dan jirannya atas khidmat ikhwah semua. Jazakumullahu kahira khatira.

Dalam ruang ini, tentunya ana tidak mampu menyebut semua nama-nama kalian, namun ikhwah dan akhawat sebagai sahabat telah banyak meninggalkan zikrayat yang bukan sedikit dalam mematang dan membina peribadi sahsiah diri dalam kehidupan fana ini.



**********
Sudah lebih 8 purnama ana dan keluarga meninggalkan Miri, tempat ana dan zaujah mula berkhidmat dalam dunia pendidikan .Wajah-wajah sahabat dan anak-anak didik sentiasa dalam ingatan. Enam tahun kami di Miri ...tentunya banyak memori yang terlekat disanubari. Ramadhan tentu sekali mengingatkan ana bersama pelajar SMKAM berterawih dan bertadarus.Penghujung Ramadhan , setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan khatam Al-Quran. Majlis berbuka puasa sama ada dirumah sahabat-sahabat mahupun di SMKAM tentu menjadi kenangan abadi.Selamat berpuasa dan beribadah kepada guru-guru di SMKA Miri, para staf sokongan, sahabat-sahabat, anak-anak didik ustaz di UM,UKM,UPM ,matrikulasi Labuan, UiTM dan IPT seluruh Malaysia. Bersama memanfaatkan madrasah ramadhan, moga kita menjadi graduan yang cemerlang.




7 comments:

Unknown said...

Salam... Haaaaaa.. terjawablah sudah soalan ana hari tu... gambar nil ke nol..... Apapun ana akan jadi peminat setia blog anta.. Sahabatku, sehari ana akan buka blog anta tiga empat kali untuk lihat cerita terbaru.. TAHNIAH...
*z*a*

Muhtar Suhaili As-Sarawaki said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ramadhan Kariim. Alhamdulillah, mabruk atas kehadiran blog ustaz. Semoga blog ini menambah amal dakwah dan islah. Siiru 'ala barakatillah!

As-Sarawaki

bicarasahabat said...

Jazakallahu khaira atas komen sahabat2.Bersama semarakkan dakwah bil hal wa billisan

*~De' Reza Family~* said...

Askum us.kamil..alhamdulillah...dapat jugak kita bersua...walupun di alam maya...ana masih ingat nama anak us yg sulung...aisyah humaira'..

apa kabar dia skang??...dah sek. ke blom??...ada masa..jemput2 ler ziarah ke blog kuarga ana lak...

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt.
Ustaz,tahniah atas blog..insyaAllah akan jadi pengunjung tetap juga..:)
moga memori di SMKAM tersemat sentiasa di memori ustaz sekeluarga..:)

najib misr

Anonymous said...

assalamualaikum wrt.

ustaz,tahniah atas pembabitan dalam dunia blog..:)..insyaAllah akan selalu berkunjung..
moga memori d smkam tak dilupa hingga bila-bila..:)

najib el misr..

Pembekal Rumpai Laut Asli said...
This comment has been removed by the author.